SEJARAH
Sejarah awal PALAPES bermula dengan penubuhan penubuhan Batalion Pertama Infantri Askar Wataniah Cawangan Universiti Malaya pada 3 April 1965. Di awal penubuhannya, seramai 30 orang pelajar dari pelbagai fakulti telah menjalani kursus Asas Rekrut di Kem Latihan Seputih, Batu Gajah, Perak, sewaktu cuti semester. Peristiwa 13 Meimenyaksikan kompeni ini dikembangkan ke IPTA lain dengan penubuhan Kompeni A di ITM, Kompeni B di UPM dan Kompeni C di UKM dengan UM menjadi markas Batalionnya. Berikutan sambutan yang menggalakan daripada para mahasiswa, Pengarah Askar Wataniah Brigadier Jeneral Dato’ Abdul As Ismail telah mengambil inisiatif berbincang dengan naib-naib Canselor Universiti dan pengarah ITM pada masa itu ketika itu untuk menubuhkan Reserve Officer Training Unit (ROTU). Pada 18 Disember 1978, Jawatankuasa Turus Angkatan Tentera telah meluluskan penubuhan ROTU dengan objektif utamanya untuk melahirkan pegawai-pegawai tentera sukarela daripada kalangan pensyarah, kakitangan dan mahasiswa di IPTA. Pada 26 Februari 1979, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera darat dan dihadiri oleh naib-naib Canselor Universiti dan Pengarah ITM telah diadakan untuk menubuhkan ROTU di IPTA masing-masing.
Selain untuk melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, program PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan IPTA untuk membentuk kualiti seorang warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. Seorang pegawai kadet akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; di mana latihan biasa yang meliputi subjek-subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. Selain daripada itu, latihan lanjutan dan latihan intensif juga akan diadakan setahun sekali secara sepenuh masa selama 3 minggu. Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan masing-masing. Pada masa kini, PALAPES telah ditubuhkan di 12 buah IPTA.
____________________________________________________________________________
DATANGMU TIDAK DIUNDANG JIKA RAGU SILA PULANG
kata2 ini cukup bermakna bagi kami sebagai seorang anggota kadet PALAPES. kerana kata2 ini jugalah sebilangan besar daripada kami masih gagah setia meneruskan perjuangan kami dalam palapes. bukan PALAPES yg datang kepada kami tetapi kami dengan rela hati datang kepada PALAPES. kerana kata2 ini jugalah kami mampu bertahan sehingga sekarang menempuh pahit getir di dalam PALAPES. kami sememangnya sedar apa itu PALAPES dan apa itu ASKAR dan kami sanggup utk join PALAPES kerana kami masing2 mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin menjadi seorang pegawai tentera yang berjaya dan mampu mempertahankan agama bangsa dan negara! TIADA MISI TERLALU SUKAR, TIADA PENGORBANAN TERLALU BESAR, TUGAS TETAP DIUTAMAKAN! ayat ini menjadi prinsip dan pegangan kami dalam melaksanakan satu2 tugas. memang kami student. tapi kami student yang berjiwa askar berjiwa ketenteraan. kami berbangga memakai uniform loreng, no 3 dan lain2 uniform askar, kerana itu adalah hidup kami,jiwa kami, komitmen kami, cita2 kami. ramai kawan2 diluar sana memandang PALAPES ini 1 benda yang mengarut.tetapi tidak bagi kami..WE PROUD STAY ROTU!. kami sememangnya pham ape maksud ASKAR( AZAB SENGSARA KAU AKAN RASAI). tetapi itu tidak pernah menggoyangkan semangat kami dalam PALAPES kerana ia sudah menjadi "bahan makanan" kami. walau seteruk mana latihan kami, kami tetap dapat melaksanakannya dengan semangat 1 SKUAD!. semangat ini yang membezakan kami dengan civilian. kami dalam PALAPES menitikberatkan semangat BROTHERHOOD yg sangat tinggi antara kami..hal ini kerana, kami diibaratkn satu keluarga dalam PALAPES. SUSAH SENANG BERSAMA.